Perbezaan di antara Bibliografi dan Rujukan – Nota Ringkas


Perbezaan di antara Bibliografi dan Rujukan – Nota Ringkas

Oleh:

Prof M S Sujimon  (PhD)


Ramai daripada kalangan pelajar atau penulis akademik tidak mengambil peduli tentang Bibliografi dan Rujukan dalam sesuatu makalah atau artikel. Di sini saya akan membuat perbandingan, mudah-mudahan akan memberi manfaat kepada yang berminat.
Sebelum itu kita definisikan  Bibliografi dan Rujukan.
Bibliografi ialah senarai buku yang dirujuk dalam sebuah makalah ilmiah. ‘Bibliography’ - a list of the books referred to in a scholarly work.         
Rujukan merupakan penggunaan sebuah maklumat yang cuba untuk meyakinkan bahan tulisan popular yang terdaptat di dalam senarai rujukan. ‘Reference’ is the use of a source of information in order to ascertain something popular works of reference.
Pada kebiasaannnya, ‘bibliografi’ merupakan daftar buku atau tajuk-tajuk buku yang berkaitan dengan sesebuah topik. Bibliografi juga merujuk kepada daftar  makalah ilmiah atau artikel yg ditulis di akhiran setiap  buku atau artikel. Bibliografi ini penting  dan tidak semestinya daftar buku tersebut akan dicatat dalam notakaki. Tetapi ‘Rujukan’ adalah daftar buku dan artikel yang penulis  atau penyelidik wajib dan mesti  mencatatnya dalam sebuah artikel atau buku..
Bibliografi  ialah buku-buku atau artikel- artikel yang berkaitan dengan tajuk atau topik yang telah dikenal pasti oleh penulis atau penyelidik.Manakala Rujukan merupakan bahan-bahan seperti buku-buku, makalah atau artikel yang penulis atau penyelidik menjadikan ianya sebagai bahan untuk dijadikan sebagai notakaki. Justeru apa-apa bahan yang penulis jadikan ianya sebagai rujukan maka bahan tersebut mestilah sebagai bahan rujukan dan tidak boleh tidak ianya mesti dicatat di dalam senarai rujukan.
Biasanya bibliografi atau rujukan akan dicatat dalam akhiran sebuah buku atau artikel dan ini amat penting sebagai bahan untuk pengkaji yang akan datang, catatan  bahan tersebut yang akan membuka minda pengkaji dan penulis baharu seperti anda. Untuk melihat sesuatu  bahan akademik, anda sekalian digalakkan supaya dapat mengenali bahan yang berkitan dengan tajuk atau topik yang anda kaji dan tulis.
Untuk lebih lanjut dalam masalah ini anda boleh lihat dalam apa-apa buku berkaitan dengan masalah ini atau handphone yang anda miliki atau google up Meaning of Reference and  Bibliography.

Sekian untuk kali ini.
Selamat maju jaya….

Saya mengalu-alukan sebarang soalan berkaitan.

Prof mssujimon (PhD)

Comments

Popular posts from this blog

CURRICULUM VITAE OF PROFESSOR DR. MOHAMAD@ MD.SOM BIN SUJIMON